Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti kerajaan Thailand ikrar 'pindah habuan' kepada 8j petani

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



BANGKOK: Parti memerintah Thailand, Parti Palang Pracharath (PPRP), yang telah merosot dengan banyaknya dalam tinjauan politik mengumumkan ikrar kempen baru yang mengejutkan - ia akan memindahkan 30,000 baht ($1,170) ke dalam akaun bank lapan juta petani di seluruh negara jika ia kekal berkuasa selepas pilihan raya 14 Mei.



Namun, pemindahan wang itu akan dilakukan sekali sahaja, kata Encik Charnkrit Dejvitak, jurucakap jawatankuasa strategi pilihan raya parti itu.



Langkah itu akan menelan belanja sekurang-kurangnya 240 bilion baht.



Pengumuman itu menyusuli satu mesyuarat jawatankuasa strategi pilihan raya - yang dipengerusikan ketua parti yang juga Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan - pada pagi Rabu.



Wang itu akan digunakan petani untuk melabur dalam ladang mereka dan memperbaiki keadaan hidup mereka, jelas Encik Charnkrit.



Ia akan dipindahkan ke akaun bank petani, katanya, sambil menambah bahawa dasar baru itu telah disemak secara berhemah oleh "pasukan impian ekonomi" parti itu.



Encik Charnkrit menjelaskan:



"Wang itu akan disuntik dengan cepat ke dalam ekonomi dan akan mengalir dalam jumlah yang besar."



Beliau berusaha membezakan ikrar kempen itu daripada ikrar yang dibuat pembangkang parti Pheu Thai untuk memindahkan 10,000 baht ke dalam dompet digital setiap warga Thai berumur 16 tahun atau lebih, dengan menyatakan ikrar pemindahan wang PPRP menyasarkan kumpulan tertentu.



"Ia bukan dasar menyeluruh yang akan menjejas kestabilan kewangan negara," tambahnya.



Ikrar kempen pemindahan dompet digital Pheu Thai telah dikritik sebagai ancaman kepada sistem kewangan negara, walaupun ahli Pheu Thai berhujah bahawa langkah itu akan merangsang ekonomi dan membawa kepada hasil cukai lebih tinggi.



Encik Charnkrit berkata PPRP akan mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen mengenai pelan rangsangan ekonomi 30,000 baht bagi setiap petani itu.



Ia akan menerangkan kepada badan pemantau pilihan raya itu bagaimana ikrar itu akan dibiayai.



Undang-undang Thailand menghendaki parti politik menjelaskan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimana mereka akan membiayai ikrar kempen.



Satu tinjauan di seluruh negara melibatkan 2,000 pengundi yang dijalankan oleh Institut Pentadbiran Pembangunan Negara pada awal April mendapati sokongan PPRP hanyalah 2 peratus.



Calon perdana menterinya, Encik Prawit, gagal mencapai kedudukan 10 teratas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >