PARIS: Penggubal undang-undang dalam Dewan Rendah Parlimen Perancis semalam mengundi meluluskan cadangan kontroversial bagi meminda perlembagaan untuk melucutkan kerakyatan rakyat negara itu atas kesalahan pengganasan.
Cadangan itu, yang diluluskan dengan 162 undi menyokong dan 148 menentang sementara 22 anggota parlimen yang lain memilih berkecuali, menyusuli perdebatan selama berminggu-minggu menyusuli satu siri langkah yang diumumkan Presiden Francois Hollande selepas serangan di Paris pada 13 November lalu yang mengorbankan 130 orang.