ISLAMABAD: Pakistan telah menahan 97 anggota militan Al-Qaeda dan Lashkar-e-Jhangvi (LeJ), termasuk tiga komander militan tersebut, di kawasan selatan bandar pelabuhan Karachi.
Mereka juga berjaya mematahkan serangan yang telah dirancang bagi membebaskan pembunuh wartawan Amerika, Encik Daniel Pearl, dari penjara, kata tentera negara itu dalam satu sidang akhbar semalam.