PESHAWAR: Pakistan mula berkabung selama tiga hari mulai semalam untuk 132 pelajar dan sembilan pekerja yang terbunuh akibat diserang Taleban - dianggap antara serangan keganasan paling mengerikan di negara itu sekali gus memberikan tekanan kepada pemerintah supaya melakukan lebih banyak untuk menangani pemberontakan.
Perdana Menteri, Encik Nawaz Sharif, yang mempengerusikan mesyuarat Parlimen di Peshawar, berkata tentera sudah mula bertindak balas dan 10 serangan udara telah dijalankan di Khyber kelmarin.