RIYADH: Pemohon visa umrah tidak lama lagi perlu merakam biometrik mereka sebelum memulakan perjalanan ke Arab Saudi.
Di bawah peraturan baru, sebagai sebahagian usaha memperkemas proses visa dan mengurangkan masa menunggu di pintu masuk, biometrik akan direkodkan di agensi terpilih menerusi pusat pendaftaran di negara masing-masing.