Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Ekonomi Malaysia masih berkembang

Aug 30, 2015 | 10:15 PM



Hairianto Diman


PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pencapaian ekonomi negaranya sambil menolak dakwaan negara itu dalam keadaan hampir muflis.


Dalam amanat sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang disiarkan secara langsung tadi, Datuk Seri Najib berkata ekonomi Malaysia masih berkembang dan mencapai pertumbuhan sebanyak 5 peratus tahun ini.


Asas ekonomi juga semakin kukuh dengan defisit perbelanjaan negara turun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus tahun ini.


Kadar kemiskinan juga merosot kepada 0.6 peratus tahun ini berbanding 49.3 peratus pada tahun 1970-an.


Menyentuh tentang kemerosotan nilai mata wang Malaysia, Datuk Seri Najib berkata keadaan itu di luar kawalan kerajaan dan ia satu fenomena sejagat.


Beliau juga mengambil kesempatan membidas perhimpunan Bersih 4.0 yang sedang diadakan dengan mengatakan perbuatan itu tidak wajar dan bukan saluran betul menunjukkan rasa kurang senang terhadap kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >