BERLIN: Umat Islam di seluruh Jerman mengadakan majlis doa dan rapat kelmarin bagi mengutuk golongan pelampau Islam dan serangan tindak balas terhadap agama Islam, termasuk tindakan melakukan kebakaran di masjid.
Sekitar 2,000 masjid menyertai acara "umat Islam menentang kebencian dan ketidakadilan" yang dianjurkan empat kumpulan Islam utama Jerman, bersama para menteri, anggota parlimen, ketua agama Kristian serta Yahudi, dan datuk bandar.