KEADAAN panik yang mendorong sebahagian rakyat Malaysia membeli-belah secara tergesa-gesa untuk mengelak dikenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus sebelum dasar tersebut dikuatkuasakan semalam berpunca daripada masalah keliru, tidak tahu dan kurang penjelasan mengenai pelaksanaan dasar cukai baru itu.
Namun, keadaan dijangka kembali seperti sedia kala selepas pelaksanaan dasar itu, yang sebenarnya bertujuan menjadikan lebih banyak barangan lebih murah.