Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Misi tentera Thai cari 31 anggota marin selepas kapal karam

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Tentera Thailand mengerahkan kapal perang dan helikopter mereka semalam untuk cuba mencari 31 anggota marin yang hilang selepas sebuah kapal korvet tenggelam semalaman di perairan bergelombang di Teluk Thailand, kata tentera laut.



Tiga kapal tentera laut dan dua helikopter dihantar untuk mencari mereka yang hilang di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Bangkok, selepas kapal perang HTMS Sukhothai mengalami kerosakan enjin dan terhempas sebelum tengah malam, kira-kira 20 batu nautika dari pantai.



Misi menyelamat semalaman dalam cuaca buruk menyelamatkan 73 daripada 106 orang di atas kapal, kata tentera laut, dengan baki 31 terpaksa meninggalkan kapal.



Tentera laut menyiarkan imej dan rakaman video di Twitter yang menunjukkan sekumpulan kakitangan yang memakai jaket jingga dalam rakit kembung bergerak menjauhi sebuah kapal dalam kegelapan ketika ombak mengepung di sekelilingnya. Tidak jelas berapa banyak rakit yang telah digunakan.



Sukhothai, korvet buatan Amerika Syarikat yang digunakan sejak 1987, dilanda ombak kuat kelmarin, sehingga ia condong ke satu sisi sebelum dibanjiri air laut, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pogkrong Monthardpalin.



Gambar yang dikongsi oleh tentera laut menunjukkan kapal kelabu itu terbalik ke sisinya, manakala satu lagi imej pada skrin pengimbas menunjukkan haluan kapal dan senjata 'turret' menjulur keluar di atas garis air ketika ia tenggelam.



Pejabat metrologi Thailand semalam berkata bahawa angin kencang menyebabkan keadaan ribut di Teluk Thailand, memberi amaran kepada pelaut agar berhati-hati jika mereka perlu kekal di lautan.



Ia adalah kapal perang Thailand pertama karam sejak Perang Dunia II apabila HTMS Samui karam berhampiran Malaysia selepas ditorpedo oleh kapal selam AS, membunuh 31 kelasi, lapor media Khaosod English.



Pada 2018, sebuah bot yang membawa kebanyakan pelancong China terbalik di pulau Phuket di pantai barat Thailand. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >