Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masagos lawat Jordan

Oct 20, 2014 | 05:31 PM



MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar dan Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, memulakan lawatan beliau ke Jordan dengan menemui Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat negara itu, Encik Nasser Judah, di pejabatnya di sini pagi tadi.


Encik Masagos menemui beliau sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia sekitar 9.30 pagi waktu Jordan.


Dalam pertemuan itu, kededua pemimpin telah membincangkan usaha untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara SIngapura dan Jordan.


Membuka perbincangan tersebut, Encik Nasser berkata banyak yang boleh dipelajari dari Singapura, bahkan negara ini boleh menjadi model bagi pembangunan Jordan.


Justeru, adalah penting untuk meneroka usaha mempertingkatkan hubungan dua hala itu.


Sebelum meninggalkan kementerian ehwal luar Jordan itu, Encik Masago juga sempat menulis mesej dari Singapura dalam buku tamu kementerian itu.


Hari ini, selain menghadiri satu majlis pemeteraian Kenyataan Bersama mengenai latihan kemahiran, Encik Masagos juga akan menemui beberapa pemimpin lain dan mengadakan sesi dialog dengan sekitar 70 pelajar Singapura yang sedang menuntut di Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >