Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa kedua kebakaran konsert di Taiwan meninggal dunia

Jul 02, 2015 | 12:37 PM



TAIPEI: Mangsa kedua kebakaran pada sebuah konsert Sabtu lalu yang dikatakan berpunca daripada serbuk pewarna yang disembur penganjur, meninggal dunia awal pagi semalam.


Pelajar, Cik Liu Chih-wei, 19 tahun, terbakar hampir keseluruhan badan dalam insiden itu.


"Liu meninggal dunia pagi ini. Lebih 95 peratus anggota badannya terbakar dan sistem pernafasan beliau rosak ketika dimasukkan ke hospital," kata doktor sebuah hospital di tengah bandar Taichung.


"Selepas rawatan kecemasan, keluarganya tidak mahu melihat mangsa menderita lagi dan mengambil keputusan untuk membiarkan dia pergi," kata doktor itu.


Seorang lagi mangsa, Cik Lee Pei-yun, 20 tahun, yang mengalami 90 peratus melecur meninggal dunia Isnin lalu - kematian pertama kejadian itu.


Media melaporkan bahawa adik lelaki Lee yang berusia 12 tahun juga dimasukkan ke hospital dengan 80 peratus melecur. Kedua-dua mereka berdiri rapat dengan pentas utama ketika kebakaran itu berlaku.


Kira-kira 1,000 penonton menghadiri acara "Color Play Asia" di Taman Tema Air Formosa, di luar ibu negara Taipei, pada petang Sabtu lalu.


Lebih 200 cedera parah dan sedang dirawat di 43 hospital sekitar Taipei. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >