Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa gempa Turkey tenang hadapi cabaran

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN rumahnya musnah akibat gempa bumi, Encik Juma Bozoglu tetap ceria dan berpandangan positif.



Seperti kebanyakan penduduk di bandar Kahramanmaras di Turkey yang rumah mereka musnah, Encik Juma dan keluarganya kini menetap sementara di Taman Ataturk, sebuah taman yang terletak di pusat bandar.



Taman itu penuh dengan khemah yang didirikan oleh Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Turkey untuk memberi perlindungan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal.



Khemah-khemah tersebut terletak berdekatan satu sama lain dan didirikan secara teratur, menyerupai sebuah kawasan kejiranan.



Mangsa gempa hadapi kekurangan ubat, makanan



Ketika ditemu bual Berita Harian (BH), Encik Juma berkata beliau dan keluarganya sedang tidur apabila gempa bumi melanda bandar Kahramanmaras di awal pagi 6 Februari.



"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membawa apa pun bersama kami. Kami hanya tahu kami harus pergi untuk memastikan keselamatan kami.



"Ada pengumuman daripada AFAD bahawa mereka akan mendirikan khemah di sini.



"Begitulah kami tiba di sini," jelas Encik Juma, sambil menoleh dan tersenyum kepada isteri dan anak-anaknya.



Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter 6 Februari itu telah membunuh sekurang-kurangnya 43,000 orang.



Di sebalik cabaran yang terpaksa dilalui keluarganya, beliau kelihatan tenang kerana percaya apa jua yang berlaku ada sebabnya, termasuk gempa bumi yang melanda negaranya.



"Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kami menerima apa yang berlaku tanpa sebarang pertanyaan.



"Terutama sekali dengan Ramadan yang semakin hampir, kami akan melakukan apa yang selalu kami lakukan - berdoa untuk yang terbaik," ujar Encik Juma, 42 tahun.



Isterinya, 40 tahun, dan tiga anak mereka berusia empat, sembilan dan 14 tahun kelihatan riang dan gembira bermain sesama sendiri.



"Anak bongsu saya, Muhammad, memerlukan ubat kerana dia terus demam kerana cuaca sejuk," tambahnya.



Walaupun khemah-khemah yang didirikan AFAD berjaya menyediakan tempat tinggal kepada penduduk, keperluan asas lain seperti makanan dan ubat masih kurang.



Encik Hasan Abut, penyelaras antarabangsa di Haryat Yardim, sebuah pertubuhan bantuan yang berpangkalan di Turkey, berkata:



"Tidak ada makanan, ubat dan pakaian musim sejuk yang mencukupi untuk mereka kerana semua kedai di kawasan ini sama ada ditutup atau musnah."



Pertubuhan kemanusiaan Singapura, Mercy Relief, berada di Turkey untuk bekerjasama dengan Hayrat Yardim untuk membeli dan mengedarkan makanan panas dan selimut untuk mangsa yang terselamat.



"Kami akan pergi ke setiap keluarga yang tinggal di setiap khemah dan bertanya barang apa yang paling mereka perlukan.



"Kemudian kami akan bekerjasama dengan pasukan lain yang ditempatkan di salah satu kemudahan simpanan kami untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan untuk penghantaran," tambah Encik Hasan.



Di sebalik keadaan huru-hara, runtuhan berdebu dan bangunan yang musnah, Taman Atatürk muncul sebagai tapak perlindungan di mana penduduk Kahramanmaras cuba memulakan semula kehidupan mereka.



Walaupun gempa bumi berjaya merebut tempat tinggal mereka, bencana itu masih belum berjaya melemahkan semangat mereka.




"Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kami menerima apa yang berlaku tanpa sebarang pertanyaan.
Terutama sekali dengan Ramadan yang semakin hampir, kami akan melakukan apa yang selalu kami lakukan - berdoa untuk yang terbaik."
- Encik Juma Bozoglu dan bapa tiga orang anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >