PUTRAJAYA: Tiga lelaki - seorang arkitek, jurutera dan peniaga - dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang kelmarin atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka Negara Islam (IS).
Mereka ialah Mohd Syafrein Rasid, 26 tahun, arkitek dari Pahang; Mohd Rosmadi Che Daud, 42 tahun, peniaga dari Perak; dan Mohamad Yusoffe Ishak, 26 tahun, jurutera dari Perlis.