Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia berkas sembilan dipercayai anggota militan

Apr 28, 2014 | 04:58 PM



KUALA LUMPUR: Sembilan individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan militan di Malaysia ditahan dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kesemua individu berusia antara 22 hingga 55 tahun itu disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan luar negara.


"Mereka juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara.


"Sebahagian individu yang ditangkap ada mengadakan perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan, mengumpul dana dan menjalani latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melancarkan keganasan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Khalid berkata, mereka ditahan mengikut Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >