SEOUL (REUTERS) - Pasukan pengawal pantai Korea Selatan hari ini Rabu berkata lebih 300 orang dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam di selatan barat daya negara itu - bilangan yang lebih tinggi daripada yang dinyatakan sebelum ini.
Feri penumpang itu membawa 477 orang, yang mana 164 berjaya diselamatkan, kata para pegawai pasukan tersebut.
Dua orang pula disahkan mati selepas feri berkenaan terbalik walaupun dalam keadaan laut yang tenang.
Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam Korea Selatan sebelum ini melaporkan 368 orang diselamatkan dan sekitar 100 masih hilang, tetapi kemudian menyatakan bilangan itu tersalah kira.