Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 170 universiti di Indonesia anjur bantahan sokong Palestin

May 07, 2024 | 05:41 PM



JAKARTA: Lebih 170 universiti milik pertubuhan Islam kedua terbesar Indonesia, pada 7 Mei mengadakan perhimpunan pro-Palestin secara serentak di seluruh negara, yang menjangkau tiga zon waktu berbeza.


Perhimpunan bantahan itu adalah bagi mengutuk Israel kerana melancarkan serangan-serangan ke atas Palestin, dan membantah negara-negara Barat kerana menyokong pencerobohan Israel itu.

Perhimpunan itu diadakan di dalam kawasan kampus 172 universiti Muhammadiyah seluruh negara, dan bermula jam 10 pagi, di kampus-kampus yang terletak di zon waktu Indonesia barat, 11 pagi bagi mereka yang berada di zon waktu Indonesia tengah, dan tengah hari di zon waktu timur.

Perhimpunan di merata Indonesia turut disiarkan secara langsung melalui saluran penstriman video rasmi Muhammadiyah.

Di Jakarta, perhimpunan itu diadakan di kampus-kampus Universiti Muhammadiyah Jakarta (UMJ) di Jakarta Timur dan Ciputat, Banten.

Perhimpunan bermula dengan pensyarah dan pelajar dari sekolah kejururawatan, perubatan dan kejuruteraan di kampus UMJ Jakarta Timur, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia Raya, diikuti oleh lagu Muhammadiyah.

Dekan Sekolah Kejuruteraan UMJ, Encik Purnawan membacakan kenyataan forum rektor Muhammadiyah dan Aisyiyah.

Aisyiyah adalah sayap wanita Muhammadiyah, yang juga mengendalikan sekolah dan universiti di negara itu.

“Rektor universiti Muhammadiyah dan Aisyiyah di seluruh Indonesia mengutuk keras Israel kerana pencerobohan dan serangan tentera yang sangat tidak seimbang, penangkapan besar-besaran orang awam rakyat Palestin, kemusnahan pelbagai kemudahan awam, terutama kemudahan penjagaan kesihatan, dan sekatan bantuan kemanusiaan,” kata Encik Irfan.

Kenyataan itu juga “mengutuk sekeras-kerasnya” Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Jerman dan negara serta pihak lain yang terus memberi sokongan dan bantuan kepada Israel, melakukan pencerobohan dan serangannya terhadap Palestin.

Mereka juga berkata dalam kenyataan itu bahawa mereka menghargai sokongan padu daripada pelajar, pensyarah, dan profesor universiti di seluruh dunia yang telah berani menyuarakan hati nurani mereka, menolak jenayah genosid Israel, dan menyokong kemerdekaan Palestin.

Encik Irafn berkata keputusan mengadakan perhimpunan serentak itu, adalah diilhamkan daripada perhimpunan pro-Palestin yang diadakan di universiti di seluruh dunia, terutama di negara Barat.

Aksi itu diadakan dengan mendapat mendapat sokongan daripada lembaga pimpinan negara Muhammadiyah.

“Perhimpunan ini diadakan untuk menunjukkan sokongan moral kami terhadap perjuangan rakyat Palestin, kerana, atas pelbagai sebab, kami tidak boleh berada di sana secara peribadi dan pencerobohan Israel juga telah menjadi terlalu ganas,” katanya.

Ini merupakan kal institusi atau individu telah menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin secara berasingan, dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan pro Palestin pada masa lalu.

Encik Muhammad Abyan Luthfi, pelajar sekolah kejururawatan berusia 20 tahun yang menyertai perhimpunan itu memberitahu Berita Harian, beliau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut atas dasar solidariti dengan rakyat Palestin yang selama ini ditindas oleh Israel.


“Saya rasa kita perlu menyokong mereka untuk kemerdekaan,” katanya.

Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi memberitahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia pada 4 Mei, bahawa negara-negara OIC harus menyokong Palestin mendapatkan kemerdekaan.

Cik Retno, yang berada di persidangan itu untuk mewakili Presiden Joko Widodo, turut mengingatkan OIC tentang Inisiatif Keamanan Arab dan keputusan OIC bahawa perdamaian dengan Israel hanya akan dicapai jika Israel menamatkan pendudukannya di Palestin.

“Keputusan itu menghantar mesej yang kuat kepada Israel bahawa tanpa kemerdekaan untuk Palestin, tidak akan ada hubungan diplomatik. Mesej dan keputusan itu mesti ditegakkan,” kata Cik Retno.

Beliau juga menyeru OIC supaya bersatu dalam mempertahankan keadilan dan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, dan untuk terus menyokong pengagihan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, yang pengirimannya telah lama terhalang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >