Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 110 maut dalam serangan dron di akademi tentera Syria

Oct 06, 2023 | 02:55 PM



JEDDAH: Lebih 100 orang terbunuh pada Khamis akibat serangan dron ketika acara tamat latihan berlangsung di sebuah akademi tentera di wilayah Homs di tengah Syria.


Serangan udara Turkey di timur laut Syria yang dikuasai Kurdish pula telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang, menurut tentera Kurdish, selepas Ankara mengancam membalas serangan bom.

Menteri Pertahanan rejim Assad Ali, Encik Mahmoud Abbas telah meninggalkan majlis tersebut beberapa minit sebelum serangan berlaku, kata sumber keselamatan.

“Selepas majlis itu, orang ramai turun ke halaman dan terkena letupan. Kami tidak tahu dari mana datangnya, dan mayat bergelimpangan di sana sini,” kata seorang lelaki yang membantu memasang hiasan di majlis tersebut.

Rakaman video yang disiarkan dalam talian menunjukkan mangsa, beberapa daripada mereka lengkap berpakaian tentera, dilihat terbaring dalam genangan darah di halaman akademi tersebut.

Sebahagian mayat dalam keadaan terbakar dan sebahagian lagi masih terbakar.

Tentera Syria berkata beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Tentera berkata pemberontak “disokong oleh pasukan antarabangsa yang dikenali” telah melakukan serangan itu, tetapi tidak menamakan kumpulan tertentu.

“Kami akan bertindak balas dengan penuh kekuatan dan tegas terhadap organisasi pengganas ini, tidak kira di mana mereka berada,” kata tentera Syria.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, melaporkan “112 maut termasuk 21 orang awam, 11 daripadanya wanita dan kanak-kanak perempuan”.

Ia berkata sekurang-kurangnya 120 orang cedera.

Menteri Kesihatan Syria, Encik Hassan Al-Ghobash, memberitahu televisyen negara bahawa angka awal menunjukkan 80 orang mati “termasuk enam wanita dan enam kanak-kanak” dan sekitar 240 cedera.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu sejauh ini.

Serangan itu dilakukan dengan “dron sarat letupan”, menurut kenyataan tentera sambil berikrar untuk “bertindak balas dengan kekuatan penuh”.

Pemerintah mengisytiharkan tiga hari berkabung mulai Jumaat.

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, “amat bimbang” dengan serangan dron dan serangan balas yang berlaku, kata jurucakapnya, Cik Stephane Dujarric.

Menurut laporan media Turkey, unit agensi perisikan MIT Ankara melancarkan serangan baru ke atas sasaran di timur laut yang dikuasai Kurdish Syria, termasuk bangunan digunakan oleh tentera Kurdish dan depoh senjata.

Pasukan keselamatan dalaman Kurdish berkata Turkey melakukan 21 serangan di kawasan itu, membunuh 11 orang, termasuk lima orang awam dan enam anggota keselamatan.

Jurucakap Pentagon, Encik Pat Ryder memberitahu wartawan bahawa pesawat pejuang F-16 AS di ruang udara Syria menembak jatuh dron Turkey dan menganggap ia berpotensi ancaman selepas menghampiri kurang setengah kilometer dari kem tentera Amerika Syarikat, berhampiran Hasakeh.– Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >