Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapangan terbang Hamad, Doha, terbaik di dunia, Changi kedua

Lapangan terbang Changi dinamakan yang terbaik di Asia dan perkhidmatan imigresen terbaik di dunia
Apr 18, 2024 | 06:10 PM



Lapangan Terbang Antarabangsa Changi melepaskan gelaran lapangan terbang terbaik dunia yang dimenanginya pada 2023 – kali ke-12 – kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar, bagi 2024.

Changi menduduki tempat kedua di majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2024 di Expo Terminal Penumpang di Frankfurt, Jerman, pada 17 April, lapor The Economic Times.


Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, lapangan terbang utama bagi Doha, dikatakan kira-kira satu pertiga saiz ibu kota Qatar itu.

Ia terletak di atas tapak seluas 600,000 meter persegi, bersamaan 75 padang bola sepak.

Walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menduduki tempat kedua pada 2023, ia digambarkan sebagai kompleks terminal paling penting dari segi seni bina dan paling mewah.

Satu lagi berita yang membanggakan Asia ialah Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan, terpilih menduduki tempat ketiga.

Ia juga dinamakan sebagai lapangan terbang paling mesra keluarga bagi 2024.

Lapangan Terbang Haneda di tempat keempat dan sebuah lagi lapangan terbang di Jepun, Narita, di kedudukan kelima.

Lapangan Terbang Hong Kong mencapai peningkatan besar, melonjak 22 anak tangga untuk mencapai tempat ke-11.

Rangsangan itu datang selepas bandar tersebut pulih daripada kesan Covid-19, dan lebih ramai penumpang mula menggunakan lapangan terbang.

Bagi lapangan terbang India dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia, hanya empat memasuki senarai teratas dan hanya satu dalam kedudukan 50 teratas.

Lapangan terbang Delhi mengekalkan kedudukan ke-36 dalam senarai itu, manakala lapangan terbang Mumbai hanya berjaya mengekalkan tempat dalam senarai 100 lapangan terbang terbaik, dengan kedudukannya menurun ke tangga ke-95 daripada ke-84 pada 2023.

Lapangan terbang Bengaluru melonjak 10 kedudukan walaupun dalam senarai 100 lapangan terbang terbaik – meningkat ke tangga ke-59 daripada ke-69 pada 2023.

Lapangan terbang Hyderabad naik ke tempat ke-61 daripada ke-65 pada 2023.

Senarai itu disediakan berdasarkan undian pengembara udara di seluruh dunia dalam Tinjauan Lapangan Terbang Dunia 2023/2024.


Lapangan terbang Dubai, yang ditenggelami banjir baru-baru ini selepas bandar berkilauan itu menyaksikan hujan paling lebat sepanjang 24 jam dalam satu setengah tahun, membuat lonjakan luar biasa dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia.

Ia naik ke tempat ketujuh daripada ke-17 pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >