Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kursus diploma 'pendidikan sivik' bagi imam di universiti Perancis

Oct 08, 2015 | 03:13 PM



TAHUN akademi universiti baru Perancis bermula minggu ini dengan penambahan kursus baru: diploma 'pendidikan sivik' yang direka khusus bagi imam dan pemimpin Islam lain yang bertugas bersama penduduk Muslim negara itu.


Buat masa ini, hanya segelintir universiti Perancis menawarkan kursus itu, namun kemajuan mereka sedang dipantau bukan oleh Perancis sahaja, bahkan negara Eropah lain.


Ia diharap membantu mengasingkan ekstremisme dan mengukuhkan amalan agama sederhana dalam kalangan penduduk Islam di Eropah yang seramai 15 juta orang.


Pada mulanya, tidak ramai pegawai pemerintah Eropah memahami keperluan agama masyarakat Islam, dan ada beberapa rintangan untuk menerima bahawa masyarakat itu ciri-ciri tetap dalam landskap Eropah.


Akibatnya, timbul dasar tidak tersusun di mana masjid sementara diadakan di bangunan tidak digunakan, dan imam diundang dari luar Eropah.


Kebanyakan mereka tidak mempunyai pendedahan kepada budaya atau tradisi Eropah, jadi mereka sering mengetengahkan tafsiran sempit dan konservatif tentang Islam.


Menurut akhbar The Straits Times, Kementerian Dalam Negeri Perancis mendedahkan pada Jun bahawa 40 imam asing dihantar pulang dalam tempoh tiga tahun lalu kerana "mendakwahkan kebencian".


Mereka termasuk imam berpendirian tegar dari Mali, Arab Saudi dan Tunisia.


Berikutan serangan pengganas Januari lalu di Paris, Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Bernard Cazeneuve, mengumumkan bahawa imam di negara itu kini dijangka mengambil kursus diploma dalam pendidikan sivik, sebagai sebahagian daripada satu usaha meluas menentang radikalisasi yang disasarkan terhadap pegawai yang mentadbirkan kira-kira 2,500 masjid di Perancis.


Diploma itu memerlukan kehadiran sebanyak 130 jam dalam kelas petang sepanjang satu tahun. Program itu merangkumi kursus asas mengenai struktur undang-undang yang terpakai bagi semua agama di Perancis, dan juga modul lanjut mengenai hak dan kewajipan rakyat Perancis.


Sukatan pelajaran kursus itu masih diperhalusi, menurut Cik Catherine Cluzeaud-Delvit, yang bertanggungjawab bagi kursus di Universiti Toulouse di selatan Perancis.


Seramai 60 pemimpin agama Islam sedang mengikuti kursus itu di tiga universiti Perancis, dan sebahagian besar kos tuisyen, dianggarkan 35,000 euro ($56,000) bagi setiap pelajar, dibiayai Kementerian Pendidikan Perancis.


Pihak berkuasa Perancis juga mengadakan perjanjian baru-baru ini dengan Maghribi, di mana negara Afrika Utara itu akan menawarkan kursus agama Islam bagi imam Perancis di kemudahan yang dibina khas di Rabat, ibu negara Maghribi.


Sehingga 50 imam Perancis boleh dilatih setiap tahun dan kemudian kembali untuk mengambil kursus diploma baru itu.


Jika semua berjalan lancar, objektifnya ialah dalam beberapa tahun dari sekarang, Perancis akan mempunyai sekumpulan imamnya sendiri yang semuanya dilatih di institusi yang diluluskan pemerintah.


Usaha Perancis ini sedang dipantau dengan teliti oleh pemerintah di Britain and Jerman, yang juga mempunyai masyasakat Islam besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >