SYDNEY: Lebih 40 kumpulan Muslim Australia sama-sama mengutuk krisis tebusan oleh seorang lelaki bersenjata yang turut memaparkan bendera dengan tulisan Arab di Kafe Lindt, Sydney.
"Kami menolak sebarang cubaan membunuh orang yang tidak berdosa atau menanam rasa takut dan kebimbangan dalam jiwa mereka," kata kumpulan itu dalam kenyataannya.