Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan militan IS edar video penggal kepala wartawan

Aug 20, 2014 | 04:02 PM



WASHINGTON: Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengedarkan sebuah video ngeri yang menunjukkan mereka memancung kepala seorang wartawan, Encik James Foley, bagi membalas dendam atas serangan udara Amerika Syarikat di Iraq telah .


Video itu memaparkan seorang ahli militan bertopeng memenggal kepala Foley, yang telah hilang sejak beliau diculik oleh kumpulan bersenjata di Syria pada November 2012, turut mengandungi ancaman membunuh wartawan Amerika yang kedua.


Tahanan kedua yang diperkenalkan sebagai wartawan Amerika, Encik Steven Sotloff masih hidup, namun diberi amaran bahawa nasibnya bergantung kepada arahan Presiden Amerika, Encik Barack Obama untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap kumpulan IS.


Jurucakap Rumah Putih berkata perisikan Amerika sedang mengkaji video tersebut.


"Jika tulen, kami terkejut dengan pembunuhan kejam seorang wartawan Amerika yang tidak bersalah dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, Cik Caitlin Hayden.


Foley merupakan seorang wartawan berpengalaman yang pernah membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Bashar al-Assad untuk Agence France-Presse (AFP), portal berita GlobalPost dan media lain.


Find James Foley, satu kempen yang dikendalikan oleh keluarganya bagi mendapatkan pembebasan wartawan berusia 40 tahun itu, memuat naik video yang meminta masa "untuk mendapatkan jawapan."


Menurut saksi, Foley diculik di wilayah Idlib pada 22 November 2012.


Keluarganya tidak mendengar khabar dari beliau sejak itu, walaupun dengan adanya kempen awam untuk mendapatkan maklumat.


Penculikan Sotloff pada Ogos tahun lalu tidak mendapat laporan media secara meluas.


Beliau menulis untuk beberapa akhbar dan majalah Amerika Syarikat, termasuk Time, Foreign Policy dan Christian Science Monitor.


Berikutan penyiaran video itu, anggota keluarga Foley telah mengesahkan kematiannya secara berasingan menerusi kenyataan mereka dalam akaun Facebook Find James Foley.


"Beliau menyerahkan nyawanya bagi mendedahkan kepada dunia mengenai penderitaan yang dialami rakyat Syria," kata kenyataan itu.


Ibu Foley, Cik Diane merayu kepada pihak militan supaya tidak membunuh tebusan lain.


Katanya: "Seperti Jim, mereka tidak bersalah. Mereka tidak mempunyai kuasa ke atas dasar pemerintah Amerika di Iraq, Syria atau mana-mana tempat pun di dunia." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >