SYDNEY: Kerajaan Australia semalam menangguhkan pengumuman terbaru berkaitan bajet pertengahan tahun berikutan amaran keselamatan di Sydney apabila sejumlah tebusan ditawan dalam sebuah kafe di tengah pusat perniagaan di situ.
Perdana Menteri, Encik Tony Abbott, yang memberi amaran berkaitan perancangan militan mahu melancarkan serangan ke atas Australia, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara bagi mendengar taklimat berkaitan situasi tebusan di Lindt Cafe.