Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kembar 3 tahun bakar adik 19 bulan dalam ketuhar hingga mati

Nov 27, 2015 | 10:19 AM



CHICAGO: Seorang bayi yang ditinggalkan bersendirian bersama adik-beradik prasekolahnya di rumah mereka di Texas mati melecur selepas mereka meletaknya di dalam ketuhar dan menghidupkannya, lapor media Amerika Syarikat.


J'Zyra Thompson, 19 bulan, ditinggalkan tanpa pengawasan bersama adik-beradik kembarnya berusia tiga tahun dan seorang lagi berusia lima tahun di apartmen di Houston itu.


Rekod mahkamah berkata kembar tersebut memberitahu perkhidmatan perlindungan kanak-kanak bahawa seorang daripada mereka meletak adik perempuan mereka itu di dalam ketuhar, dan yang seorang lagi menjadikan ia "panas".


Ibu mereka, Raqual Thompson, 25 tahun, dijangka hadir di mahkamah pada Isnin atas empat tuduhan membahayakan kanak-kanak, menurut pejabat Harris County Sheriff.


Raqual dilaporkan memberitahu polis dia keluar dengan teman lelakinya untuk mengambil pizza dan preskripsi di kedai ubat pada 16 November lalu itu.


Apabila pulang, mereka mendapati tiga kanak-kanak itu menangis dan menunjuk ke dapur.


Ketuhar itu tumbang dengan muka pintu ke bawah di atas lantai, apabila J'Zyra menendang pintu ketuhar itu semasa dia terperangkap di dalam, lapor USA Today.


Budak berumur lima tahun itu dipercayai tidur semasa kejadian.


Ketiga-tiga kanak-kanak masih hidup itu kini dijaga keluarga angkat kerana pihak berkuasa tidak dapat mencari saudara-mara yang sesuai untuk menjaga mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >