LONDON: Sekurang-kurangnya lima kapal dagang yang membawa makanan kini terperangkap di luar Yaman kerana diperiksa kapal perang daripada pakatan Arab pimpinan Arab Saudi yang khuatir ia membawa senjata bagi pemberontak Houthi, menurut perangkaan data perkapalan.
Kelewatan penghantaran makanan itu menambah tekanan ke atas krisis kemanusiaan di Yaman.