Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel perhebat pengeboman di Rafah, operasi darat mungkin menyusul

Apr 26, 2024 | 01:00 PM



KAHIRAH: Israel meningkatkan serangan udara ke atas Rafah selepas berkata ia akan memindahkan orang awam Palestin dari bandar Gaza.


Serangan habis-habisan itu dilancarkan meskipun sekutu Israel memberi amaran ia boleh menyebabkan korban serta kemusnahan besar-besaran.

Pakar perubatan di kawasan Palestin yang dikepung itu melaporkan lima serangan udara Israel ke atas Rafah pada awal 25 April – memusnahkan sekurang-kurangnya tiga rumah, membunuh sehingga enam orang, termasuk seorang wartawan tempatan.

“Kami takut apa yang akan berlaku di Rafah. Tahap amaran adalah sangat tinggi,” kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ibrahim Khraishi, kepada agensi berita Reuters.


“Ada yang melarikan diri kerana ketakutan tetapi ke mana mereka boleh pergi? Mereka tidak dibenarkan pergi ke utara dan hanya terhad di kawasan yang sangat kecil,” keluhnya.

Jaluran Gaza adalah kira-kira 40 kilometer (km) panjang, dan antara kira-kira 5km dengan 12km lebar. Dengan sekitar 2.3 juta orang, wilayah itu adalah antara kawasan paling padat penduduk di dunia.

Pada bulan ketujuh perang udara dan darat yang dahsyat, tentera Israel juga meneruskan pengeboman kawasan utara dan tengah wilayah itu, serta timur Khan Younis di selatan.

Matlamat Israel yang dinyatakan sebelum ini adalah untuk memusnahkan Hamas, walaupun tidak jelas bagaimana mereka akan melakukannya.

Pasukan PBB yang mengunjungi tapak pembinaan dermaga untuk operasi bantuan maritim terpaksa berlindung di dalam kubu pada 24 April selepas kawasan itu diserang, kata seorang jurucakap pada 25 April.

Namun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Kabinet Perang Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, bermesyuarat “untuk membincangkan cara memusnahkan sisa-sisa terakhir batalion Hamas di Rafah dan di tempat lain”, kata Encik David Mencer, jurucakap pemerintah Israel.

Beliau enggan menyatakan bila Kabinet negara itu akan memberi lampu hijau bagi operasi darat di Rafah.

Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 dan menawan 240 tebusan.

Serangan balas dan berlarutan Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza, mengorbankan lebih 34,000 nyawa di samping menyebabkan penduduknya hidup berpindah-randah mencari perlindungan serta menimbulkan krisis makanan dan rawatan perubatan di wilayah itu.

Seorang pakar PBB yang bercakap selepas lawatan ke Jordan dan Mesir berkata agensi bantuan melihat peningkatan bilangan pesakit yang mengalami kekurangan makanan yang serius di wilayah itu.

“Apa yang saya lihat di sini cukup membimbangkan. Pesakit yang sebelum ini tiba di Mesir mendapatkan rawatan akibat gejala letupan dan kecederaan perang.

“Bilangan pesakit semakin meningkat, kebanyakannya kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik dan kekurangan zat makanan yang serius,” kata Cik Francesca Albanese, pegawai khas PBB bagi hak asasi manusia di Gaza.

Hamas, yang disokong Iran, berikrar menentang Israel kerana pendudukannya di wilayah Palestin.

Amaran serangan Israel yang semakin meningkat ke atas Rafah, tempat perlindungan terakhir bagi kira-kira sejuta rakyat Palestin, telah mendorong penduduk berpindah ke kawasan pantai Al-Mawasi yang berdekatan atau ke utara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >