Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel belum buktikan kakitangan UNRWA adalah pengganas

Apr 23, 2024 | 03:26 PM



NEW YORK: Israel masih belum memberikan bukti tuduhannya bahawa beratus-ratus kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) adalah anggota kumpulan pengganas, menurut semakan semula agensi berkecuali yang dikeluarkan pada 22 April.


Semakan semula yang diketuai mantan Menteri Luar Perancis, Cik Catherine Colonna, bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mendapati UNRWA mempunyai “pendekatan yang lebih maju” untuk berkecuali daripada PBB atau kumpulan bantuan lain yang serupa.

“Selalu ada ruang untuk penambahbaikan dan beberapa isu berkaitan keberkecualian yang berterusan. Inilah sebabnya misi ini diwujudkan,” tegasnya.

Cik Colonna ditugaskan menyemak semula selepas Israel menuduh 12 kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuskan perang Gaza.

Siasatan berasingan oleh penyiasat dalaman PBB sedang meneliti dakwaan tersebut.

Sejumlah 16 negara telah menghentikan sementara atau menggantung pembiayaan kepada UNRWA selepas Israel membangkitkan tuduhan tersebut - satu tamparan hebat kepada agensi yang menyediakan pendidikan, kesihatan dan bantuan kepada berjuta-juta rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lebanon dan Syria.

Semakan itu berkata, UNRWA berkongsi senarai kakitangan setiap tahun dan Israel selama ini tidak membangkitkan sebarang kebimbangan kepada UNRWA.

Pada Mac 2024 Israel mendakwa lebih 450 kakitangan UNRWA adalah anggota tentera dalam kumpulan pengganas Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Israel pada 22 April pula menuduh lebih 2,000 pekerja UNRWA sebagai anggota Hamas atau Jihad Islam Palestin dan berkata semakan semula agensi itu tidak mencukupi.

Cik Colonna berkata beliau tidak terkejut dengan reaksi Israel itu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, berkata beliau telah menerima cadangan itu dan menyeru semua negara menyokong UNRWA kerana ia adalah “talian hayat” bagi pelarian Palestin di rantau itu.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata pihaknya telah menerima laporan itu dan sedang menyemaknya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >