NEW YORK: Kumpulan militan IS didakwa menghantar gadis sunti ke bandar Raqqa di utara Syria untuk dijual pada harga yang tinggi, menurut wakil khas PBB.
Wakil khas setiausaha PBB mengenai keganasan seksual, Cik Zainab Bangura, memberitahu portal berita Middle East Eye bahawa IS melakukan jenayah dahsyat terhadap wanita terutamanya kepada masyarakat kaum Yazidi.