Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia rancang 'letupan besar' untuk pikat pelaburan asing

Feb 11, 2016 | 08:14 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, mengumumkan pada Rabu (19 Feb) rancangan "letupan besar" bagi melonggarkan sekatan ke atas pelaburan asing dalam hampir 50 sektor, untuk menggalak persaingan dalam ekonomi yang dikuasai kepentingan diri kuat.


Cadangan beliau itu, yang akan memudahkan peraturan dalam e-dagang, runcit, penjagaan kesihatan, filem dan beberapa industri lain, boleh melagakan pendatang baru di pentas politik dengan penubuhan yang terhadap yang menentang perubahan.


Ia akan menjadi yang paling meluas lagi dalam rentetan pakej rangsangan yang dilaksana dalam tempoh enam bulan lalu untuk memacukan industri dan pekerjaan melebihi sektor pertanian dan pengekstrakan mineral, tulang belakang tradisional ekonomi Indonesia.


Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh enam tahun kerana kejatuhan harga komoditi dan kelembapan pertumbuhan China, rakan dagang utamanya.


Bagaimanapun, Encik Jokowi berkata dalam satu temu bual bersama Reuters di Istana Presiden beliau amat yakin pertumbuhan di Indonesia akan meningkat semula kepada 5.3 peratus tahun ini, selepas merosot kepada 4.8 peratus tahun lalu.


Menteri Perdagangan, Encik Thomas Lembong, berkata secara berasingan bahawa rancangan membaiki 'Senarai Pelaburan Negatif' memberi isyarat keterbukaan yang lebih besar untuk pelaburan asing dan sebahagiannya akan menyediakan negara itu bagi perjanjian perdagangan bebas, termasuk akhirnya Perkongsian Rentas Pasifik (TPP).


"Kami sedang menimbangkan dengan serius pembatalan kawal selia secara menyeluruh, tetapi memberi tumpuan pada e-dagang, penjagaan kesihatan dan industri kreatif," kata Encik Jokowi menjelang perbincangan Kabinet mengenai cadangan tersebut.


"Sebanyak 49 sub-sektor (terjejas), jadi pada pendapat saya ini letupan besar."


Encik Lembong berkata runcit juga antara sektor yang akan dibuka, dan akan ada sedikit penyahkawalseliaan dalam setiap satu daripada 16 sektor utama dalam senarai negatif, termasuk pertanian, perhutanan, tenaga, komunikasi dan pengangkutan.


Dalam beberapa kes, ini akan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat daripada minoriti kepada majoriti, membantu Indonesia mematuhi had ke atas "batas atas ekuiti" yang ditetapkan di bawah TPP dan perjanjian perdagangan lain, seperti sebuah perjanjian yang sedang dirundingkan dengan Kesatuan Eropah.


Pelonggaran dalam penjagaan kesihatan, yang akan membuka pelaburan di hospital, klinik dan perkhidmatan makmal, boleh membawa perubahan besar kerana pada masa ini, profesional perubatan asing tidak dibenarkan berkhidmat di Indaonesia.


Singapura pelabur asing terbesar di Indonesia tahun lepas, dengan 20.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak AS$29.28 bilion ($40.8 bilion), diikuti oleh Malaysia dan Jepun, menurut Lembaga Penyelarasan Pelaburan bulan lepas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >