Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas setuju gencatan senjata namun Israel sangkal ia tidak penuhi syarat utama

May 07, 2024 | 03:04 PM



GAZA/KAHIRAH: Hamas berkata pada 5 Mei bahawa ia menerima cadangan gencatan senjata, tetapi Israel pula berkata perjanjian itu tidak memenuhi tuntutan terasnya, justeru akan meneruskan serangan ke atas bandar Rafah, di selatan Gaza, dalam pada ia akan meneruskan rundingan.


Perkembangan itu memberi harapan baru kepada perjanjian gencatan senjata selepas Hamas dan Israel terlibat dalam peperangan berlanjutan selama tujuh bulan.

Namun, Rafah tetap berdepan dengan ancaman serangan Israel – satu tindakan yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat dan kumpulan bantuan memberi amaran serangan tersebut akan membawa bencana kepada kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin yang berlindung di sana.

Penerimaan mendadak Hamas terhadap perjanjian gencatan senjata itu berlaku beberapa jam selepas Israel mengarahkan pemindahan kira-kira 100,000 rakyat Palestin dari kawasan kejiranan timur Rafah, menandakan pencerobohan akan berlaku.

Tentera Israel berkata ia sedang melakukan “serangan bersasar” terhadap Hamas di timur Rafah.

Tidak lama selepas itu, deretan kereta kebal Israel dilihat memasuki Rafah, dari persimpangan dengan negara jiran Mesir, kata seorang pegawai keselamatan Palestin dan seorang pegawai Mesir yang tidak mahu nama mereka disiarkan.

Serangan Israel dilaporkan berlaku sehari selepas Hamas membunuh empat askar Israel dalam serangan roket yang didakwa Israel dilancarkan daripada kawasan berhampiran persimpangan Rafah.

Pegawai Mesir berkata operasi terkini Israel itu nampaknya terhad.

Serangan udara Israel turut melanda beberapa kawasan lain di Rafah pada lewat 5 Mei, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita, kata pegawai hospital.

Tentera Israel enggan mengulas.

Sejurus selepas Hamas berkata ia telah menerima cadangan gencatan senjata yang diusahakan perantara Mesir-Qatar, Kabinet Perang Israel memutuskan untuk meneruskan operasi di Rafah, kata pejabat Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu.

Ia juga menyatakan bahawa walaupun Hamas bersetuju dengan gencatan senjata, ia “jauh daripada memenuhi tuntutan teras Israel” dan ia akan menghantar perunding ke Mesir untuk merungkai soal perjanjian.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dilaporkan telah bercakap dengan Encik Netanyahu dan mengulangi kebimbangan tentang pencerobohan di Rafah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, pula berkata pihaknya sedang mengkaji tindak balas Hamas “dan membincangkannya dengan rakan kongsi kami di rantau itu”.


Seorang pegawai Amerika berkata pihaknya sedang meneliti sama ada apa yang dipersetujui Hamas adalah versi yang ditandatangani oleh Israel dan perunding antarabangsa atau sesuatu yang lain.


Seorang pegawai Mesir berkata cadangan itu menggesa gencatan senjata beberapa peringkat bermula dengan pembebasan terhad tebusan dan penarikan balik sebahagian tentera Israel di Gaza.

Ini diikuti dengan pembebasan tebusan sepenuhnya dan pengunduran lebih besar tentera Israel dari Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >