ATHENS: Greece semalam memperkenalkan kawalan modal dengan mengarahkan bank-bank di negara itu ditutup hingga 6 Julai ini, sehari selepas pungutan suara berhubung cadangan menyelamatkan kewangan negara itu.
Sepanjang tempoh penutupan itu, pengeluaran tunai di mesin juruwang automatik (ATM) juga dihadkan pada hanya 60 euro ($89.40) sehari, demikian mengikut satu warta yang dikeluarkan semalam.