Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dunia terdesak kurangkan penggunaan plastik: PBB

Laporan agensi PBB diterbitkan sekitar dua minggu sebelum perunding dari hampir 200 negara bertemu di Paris bagi bincang isu pencemaran
May 18, 2023 | 05:30 AM



PARIS: Dunia mesti mengurangkan separuh plastik sekali pakai dan mengurangkan juga penggunaan buangan untuk membendung arus pencemaran alam sekitar, menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, sekali gus memberi amaran bahawa isu ini akan menjadi kritikal dalam beberapa tahun akan datang.



Kekhuatiran memuncak mengenai impak plastik ini, dengan serpihan mikroplastik ditemui dari dasar lautan dalam hinggalah di puncak Gunung Everest.



Dalam tubuh manusia, ia boleh dikesan dalam darah, susu ibu dan plasenta.



Laporan yang disiapkan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) itu dikeluarkan dua minggu sebelum para perunding dari hampir 200 negara bertemu di Paris bagi mengadakan rundingan pusingan baru, bertujuan mencapai persetujuan undang-undang pada tahun 2024, demi menghentikan pencemaran plastik.



Ia mengandungi tiga cabang berdasarkan penggunaan semula, kitar semula dan mempelbagai bahan yang digunakan - untuk membantu membendung pencemaran plastik sekitar 80 peratus menjelang 2040 secara keseluruhan, dan mengurangkan separuh pengeluaran plastik sekali pakai.



Laporan itu menyebut, para penyelidik menganggarkan bahawa plastik boleh mengeluarkan 19 peratus gas rumah hijau global menjelang 2040.



Ini pada dasarnya akan menghalang dunia daripada memenuhi komitmen Perjanjian Paris untuk menghadkan kenaikan purata suhu permukaan planet kepada 1.5 darjah Celsius, melebihi paras praindustri.



"Cara kita membuat, menggunakan dan melupuskan plastik, mengakibatkan pencemaran ekosistem, menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia dan menggugat kestabilan iklim, kata Cik Inger Andersen, pengarah eksekutif UNEP.



Beliau berkata, perancangan yang disediakan dalam laporan itu "akan mengurangkan dengan banyaknya risiko, dengan mengamalkan pendekatan bagi menghapuskan plastik dalam ekosistem, dari dalam darah kita dan juga ekonomi."



Pada 2020, sekitar 238 juta ton metrik sampah adalah plastik yang digunakan seperti bungkusan yang dibuang dan ini berlaku di merata dunia.



Secara kasar, separuh daripada itu tidak diselenggara dengan betul, kebanyakannya dibuang di sekitaran atau dibakar.



Jika tidak ada perubahan signifikan, UNEP menjangka setiap tahun, sampah plastik ini akan mencecah 408 juta tan metrik menjelang 2040.



Laporan itu menganggarkan, dengan adanya huraian "perubahan sistem," angka pencemaran itu boleh dikurangkan menjadi 41 juta tan metrik.



Penggunaan semula - bukan kitar semula - dikenal pasti sebagai langkah paling berkesan dan dapat mengurangkan pencemaran plastik sehingga 30 peratus menjelang 2040, dengan pengenalan kaedah isi-ulang air dalam botol, skim membawa semula bekas bungkusan plastik dan "mesin ulang-guna layan diri".



Sementara pemerintah akan memberikan insentif bagi melaksanakan perubahan ini, dan para peruncit pula perlu memudahkan kaedah bagi pemulangan bungkusan, para pengguna juga harus "menghentikan kebiasaan pakai buang dan membiasakan diri supaya tidak melihat pada kemasan yang cantik".



Kaedah kitar semula jika dilaksanakan dengan baik dapat mengurangkan pencemaran sekitar satu perlima, menurut laporan itu lagi. - AFP.




"Cara kita membuat, menggunakan dan melupuskan plastik, mengakibatkan pencemaran ekosistem, menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia dan menggugat kestabilan iklim."
- Cik Inger Andersen, pengarah eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >