Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemalangan bas di Pahang

Dua warga S'pura masih dirawat di hospital

Apr 21, 2014 | 05:35 PM



DUA warga Singapura masih dirawat di hospital di Pahang, selepas bas yang mereka naiki terbabas semasa dalam perjalanan pulang ke Singapura, semalam.


Kededua mereka - seorang lelaki dan seorang wanita Cina dalam lingkungan usia 20-an tahun - masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.


Keadaan mereka stabil dan keluarga mereka telah dimaklumkan.


Menurut Ketua Polis Daerah Pekan di Pahang, Superintenden Yahaya Othman, 17 lagi warga Singapura yang menaiki bas itu cedera ringan. Mereka dibenarkan pulang pagi tadi.


Bas yang dalam perjalanan pulang ke Singapura dari Kuala Terengganu itu membawa 41 penumpang, termasuk warga India, China, British, Myanmar, Perancis, Amerika Syarikat, Taiwan dan Malaysia selain Singapura.


Difahamkan, bas itu berada sekitar lima jam perjalanan dari Kuala Terengganu apabila ia terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 15 meter.


Seorang warga British, Harry Christopher Woolhouse, 32 tahun, meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >