KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang kini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dikesan berada di tempat seorang tahanan dipenggal di Raqqa, Syria.
Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Ayub Khan Mydin, pada sidang media di sini semalam, lapor Berita Harian Online.