KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini membawa kempen anti-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyeberangi Laut China Selatan.
Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah, petang kelmarin, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno, terus menyerang Datuk Seri Najib.