Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Donald Trump, Bernie Sanders menang besar di New Hampshire

Feb 10, 2016 | 05:00 PM



MANCHESTER (Amerika Syarikat): Encik Donald Trump dan Encik Bernie Sanders memenangi dengan menyakinkan pemilihan pendahuluan (parimary) presiden di New Hampshire pada Selasa (9 Feb).


Rangkaian utama Amerika memberi jutawan Trump, calon Republikan, dan Encik Sanders, calon sosialis Demokrat, kemenangan besar, mengesahkan kekalahan yang dijangka bagi Cik Hillary Clinton.


Bagi pihak Republikan, Encik Trump mendapat lebih daripada dua kali ganda sokongan pesaing terdekatnya, menjamin kemenangan kukuh selepas kekalahan memalukan di tempat kedua di Iowa.


"Sekarang kita akan pergi ke South Carolina. Kita akan menang di South Carolina," kata beliau, merujuk kepada pemilihan seterusnya.'


Kemenangan Encik Trump mengukuhkan kedudukannya sebagai calon utama Republikan.


Gabenor Ohio, Encik John Kasich, menduduki tempat kedua.


Encik Sanders pula memberi ucapan kemenangan bersemangat selepas menewaskan Cik Clinton, dengan berkata kemenangan itu menunjukkan pengundi mencari "perubahan sebenar".


"Apa rakyat di sini berkata ialah memandangkan krisis besar yang dihadapi negara kita, terlalu lewat untuk politik penubuhan dan ekonomi penubuhan lama yang sama, lama yang sama," kata Encik Sanders kepada penyokong beliau di ibu pejabat beliau di Concord.


Pemilihan pendahuluan New Hampshire, negeri kecil di timur laut dengan hanya 1.3 juta penduduk, menyusuli kaukus di Iowa, yang memulakan proses penamaan calon Demokrat dan Republikan bagi pilihan raya presiden Amerika pada November ini.


Cik Clinton, 68 tahun, menang di Iowa, dengan Encik Sanders di tempat kedua.


Senator Ted Cruz pula berjaya di Iowa, mengalahkan Encik Trump di tempat kedua. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >