WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Iraq memulakan persediaan bagi ofensif pada musim panas untuk menawan bandar Mosul, Iraq, yang ditawan oleh militan Negara Islam (IS) Jun tahun lalu, menurut laporan Wall Street Journal.
Persiapan termasuk memilih dan melatih unit tentera bagi serangan yang dirancang dan memotong bekalan kepada pejuang IS, kata Jeneral Lloyd Austin, ketua Pusat Kawalan tentera Amerika, kepada Wall Street Journal.