KEMENTERIAN Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam menegaskan dan menasihati orang ramai di negara itu supaya tidak terikut-terikut dengan acara atau program yang bercanggah dengan hukum Islam, amalan beragama, kepentingan awam, keharmonian beragama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam di negara itu.
Demikian menurut kenyataan KHEU yang merujuk kepada penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di sebuah negar jiran baru-baru ini.