KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini kerana mahu fokus pada kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan, ujar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerja pemulihan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu masih dalam proses dilaksanakan.