KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia berkata siasatannya menunjukkan syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB, telah mendapat kebenaran membuat pelaburan di luar negara berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.
Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia berkata mereka telah menyarankan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA).