Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bahan bakar tercemar punca ‘Dali’ langgar jambatan?

Mar 28, 2024 | 03:03 PM



Kapal kargo ‘Dali’ “kehilangan pendorong” ketika ia meninggalkan pelabuhan dan anak kapalnya berkata mereka hilang kawalan ke atas kapal itu.

Setiausaha Pengangkutan Maryland, Encik Paul Wiedefeld, berkata kapal kargo itu sedang dikendalikan oleh malim tempatan ketika kejadian, bukan anak kapalnya, dan malim berkenaan dilatih untuk mengelak kemalangan.

Kapal itu melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore di Maryland hingga ia runtuh dan beberapa kenderaan terhumban ke dalam Sungai Patapsco.

Ia melanggar beberapa struktur yang menyokong jambatan dekat Pantai Timur Amerika Syarikat pada 1.27 pagi 26 Mac.

Kapal itu sepanjang 300 meter dan berdaftar di Singapura. Ia meninggalkan Baltimore pada 1 pagi untuk menuju ke Colombo, Sri Lanka, dan dijadualkan tiba pada 22 April.

Pemilik ‘Dali yang berdaftar ialah Grace Ocean Pte Ltd, sementara pengurusnya ialah Synergy Marine Group. Kapal itu disewakan oleh syarikat perkapalan Denmark, Maersk. Ia membawa 22 anak kapal dan dua malim.

Punca kapal hilang kuasa


Penyiasat dilaporkan sedang menyiasat sama ada bahan bakar tercemar memainkan peranan dalam isu kapal itu kehilangan kuasa. Bahan bakar tidak murni boleh mencetuskan masalah berkaitan enjin kapal dan penghasilan kuasa.

“Kapal itu mati, tiada kuasa stereng dan tiada elektronik. Salah satu enjin terhenti-henti dan kemudian berhenti. Bau bahan bakar yang terbakar dikesan di seluruh bilik enjin yang gelap gelita,” kata seorang pegawai kepada Fox News.


Setelah kehilangan kuasa, kapal itu terapung tanpa kawalan ke arah jambatan. Usaha kru untuk mengurangkan kesan, termasuk membelok dengan kuat ke kiri dan menjatuhkan sauh, tidak berhasil.

“Ini adalah sebuah kapal yang sangat besar. Momentum dan tenaga semasa kapal itu bergerak walaupun hanya pada beberapa kilometer sejam sangat besar,” kata Encik Sanjay Raja Arwade, seorang profesor kejuruteraan awam di Universiti Massachusetts Amherst.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengesahkan tiada bukti menunjukkan kemalangan itu hasil tindakan yang disengajakan, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Encik Alejandro Mayorkas, turut mengesahkan tiada tanda perlanggaran kapal kargo itu adalah tindakan yang disengajakan.

Jambatan empat lorong sepanjang 2.6 kilometer


Jambatan itu bahagian besar daripada rangkaian jalan raya di sekitar Baltimore, sebuah bandar perindustrian di timur laut ibu negara AS, Washington DC. Ia digunakan lebih 12 juta kenderaan komersial dan penumpang pada 2023.

Pelabuhan Baltimore mengendalikan mesin perladangan dan pembinaan, gula, gipsum dan arang batu, dan import serta eksport bagi syarikat pembuat kereta utama, termasuk Nissan, Toyota, General Motors, Volvo, Jaguar dan Land Rover.

Seorang pakar kapal kontena, Encik Lars Jensen, berkata kejadian jambatan runtuh akan mewujudkan masalah besar di Pantai Timur Amerika kerana ia mengganggu import dan eksport negara itu.

Jambatan yang dibina pada 1977 itu direka bentuk untuk dilalui kapal kecil dengan muatan 95,000 tan, termasuk ‘Dali’.

Singapura beri kerjasama dalam siasatan


Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberi kerjasama penuh kepada Pengawal Pantai Amerika Syarikat bagi menjalankan siasatan.

MPA juga akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran peraturan berkanun di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1995.

Agensi itu berkata ia akan terus bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal Synergy Marine untuk memudahkan pertukaran maklumat bagi membantu Pengawal Pantai Amerika dalam siasatannya.

MPA berkata Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura akan menjalankan siasatan keselamatan marin secara bebas untuk mengenal pasti pengajaran yang dapat mengelakkan kemalangan pada masa depan. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >