SYDNEY: Menteri Luar Australia semalam merayu kepada Presiden Indonesia agar menunjukkan belas ke atas dua pesalah dadah warga Australia yang akan menjalani hukuman mati dan melahirkan kekecewaan kerana rayuan terkini mereka telah ditolak.
Kelmarin, Mahkamah Pentadbiran di Jakarta telah menolak permohonan Myuran Sukumaran dan Andrew Chan dari Australia untuk mencabar keengganan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, memberi pengampunan Presiden.