PRETORIA: Bintang trek Olimpik, Oscar Pistorius, dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Hakim Thokozile Masipa memutuskan hukuman itu semalam selepas meneliti alasan pendakwa bagi hukuman lebih berat dan permohonan pembela bagi hukuman lebih ringan terhadap olahragawan paralimpik itu.