WEST COLUMBIA (South Carolina): Banjir akibat hujan lebat di South Carolina telah mengorbankan sembilan orang, menyebabkan penutupan 500 jalan raya dan jambatan dan menyebabkan beratus orang yang terperangkap diselamatkan daripada rumah ataupun kereta mereka.
Gabenor, Cik Nikki Haley, memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada sedang hujan lebat terus melanda beberapa kawasan yang teruk terjejas termasuk Columbia, yang menerima jumlah hujan yang tertinggi pernah direkodkan pada hujung minggu.