NEW YORK: Seorang lelaki yang telah memuatnaikkan pos berbaur antipolis di media sosial telah menyerang hendap dan menembak mati dua pegawai polis di New York yang sedang duduk di dalam kereta ronda sebelum menembak dirinya, menurut polis.
Para pegawai yang sedang bertugas di seksyen Bedford-Stuyvesant di kawasan Brooklyn itu ditembak secara mendadak, kata Pesuruhjaya Polis William Bratton kepada pihak media. Namun insiden tersebut tidak dikaitkan dengan pengganasan.