Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

14 rakyat Palestin maut dalam keganasan baru di Tebing Barat

Pemandu ambulans maut dalam perjalanan ambil mangsa cedera dalam serangan berasingan peneroka Yahudi
Apr 22, 2024 | 12:53 PM



TEBING BARAT: Tentera Israel membunuh 14 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat, yang didudukinya, pada 20 April, manakala seorang pemandu ambulans terbunuh ketika mengambil mangsa yang cedera dalam serangan berasingan oleh peneroka Yahudi, kata pihak berkuasa Palestin.


Tentera Israel memulakan serbuan pada awal pagi 19 April di kawasan Nur Shams, dekat bandar Tulkarm, dan dilaporkan masih berbalas tembakan dengan pejuang bersenjata hingga esoknya.

Kenderaan tentera Israel memasuki kawasan tersebut dan letupan serta tembakan kedengaran sejurus selepas itu.

Sekurang-kurangnya tiga dron kelihatan berlegar di ruang udara Nur Shams, kawasan yang menempatkan pelarian dan keturunan mereka akibat perang 1948, yang mengiringi penciptaan negara Israel.

Briged Tulkarm, yang menggabungkan tentera daripada pelbagai puak Palestin, mengesahkan pejuangnya berbalas tembakan dengan tentera Israel pada 20 April.

Tebing Barat – sebuah kawasan berbentuk ginjal kira-kira 100 kilometer panjang dan 50 kilometer lebar – menjadi pusat konflik Israel-Palestin sejak ia dirampas oleh Israel dalam perang Timur Tengah pada 1967.

Perang Gaza telah membayangi keganasan yang berterusan di wilayah itu, termasuk serbuan tetap tentera Israel ke atas kumpulan pejuang, keganasan oleh peneroka Yahudi di perkampungan Palestin, dan serangan jalanan oleh penduduk Palestin ke atas Israel.

Beribu-ribu rakyat Palestin ditangkap dan beratus-ratus terbunuh semasa operasi biasa oleh tentera dan polis Israel sejak permulaan perang Gaza.

Kebanyakan mereka yang ditangkap adalah anggota kumpulan bersenjata, belia yang membaling batu dan orang awam.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin, dua daripadanya dikenal pasti oleh sumber dan pegawai Palestin sebagai lelaki bersenjata dan seorang budak lelaki berusia 16 tahun, terbunuh semasa serbuan Israel itu.

Tentera Israel berkata beberapa pejuang terbunuh atau ditangkap semasa serbuan itu, dan sekurang-kurangnya empat tentera cedera dalam pertempuran.

Dalam kejadian berasingan, kementerian kesihatan Palestin berkata seorang pemandu ambulans berusia 50 tahun maut akibat tembakan Israel berhampiran perkampungan Al-Sawiya, selatan bandar Nablus, ketika beliau dalam perjalanan untuk mengangkut orang yang cedera semasa kejadian itu.

Tidak jelas sama ada dia ditembak oleh peneroka. Tiada komen segera daripada pihak tentera.

Di Gaza, tempat pertempuran masih berterusan walaupun kebanyakan pasukan tempur Israel telah berundur awal bulan ini dari kawasan selatan, angka kematian kini telah melepasi 34,000, kata pihak berkuasa kesihatan Palestin

Serangan Israel itu antara lain melanda bandar Rafah di selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta penduduk Palestin, dan Al-Nuseirat di tengah Gaza. – Reuters.

Perang yang berlanjutan lebih enam bulan itu, meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel, membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >