Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12,000 penjawat awam pindah bersama beberapa ahli Kabinet ke Nusantara Sep

Apr 22, 2024 | 02:09 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia bercadang memindahkan sebahagian anggota Kabinetnya ke ibu kota baru Nusantara di Kalimantan Timur seawal Julai, diikuti gelombang pemindahan lebih besar pada September, melibatkan hampir 12,000 penjawat awam.


Menteri Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi, Encik Abdullah Azwar Anas, berkata pemerintah telah meletak asas kawal selia untuk menempatkan semula penjawat awam ke Nusantara sepanjan beberapa bulan akan datang.

“Mulai Julai, beberapa menteri, termasuk Encik Basuki (Hadimuljono), akan berpindah ke ibu kota baru,” katanya Encik Abdullah dalam satu taklimat media, lapor The Jakarta Post.


Tanpa menjelaskan secara terperinci anggota Kabinet yang akan bersama Menteri Kerja Raya dan Perumahan itu di Nusantara, Encik Abdullah berkata pemerintah kemudian akan memberi tumpuan pada penempatan sementara untuk lebih 1,000 pegawai yang akan terlibat dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 pada 17 Ogos.

Ini telah lama ditetapkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai tarikh akhir untuk memindahkan kakitangan pemerintah. Beliau berkata majlis itu “memerlukan sistem sokongan besar, kerana beribu-ribu akan tinggal di ibu negara baru bagi menghadiri perayaan Ogos”.

“Oleh itu, kami telah menerima arahan daripada istana (Presiden) agar penjawat awam dipindahkan selepas majlis itu,” ujar Encik Abdullah.

Encik Abdullah berkata gelombang pertama pada September akan melibatkan kira-kira 11,900 penjawat awam dan pegawai tinggi tertentu daripada 38 kementerian dan institusi negeri.

Gelombang kedua dan ketiga masing-masing akan melibatkan penempatan semula kira-kira 6,000 dan 14,000 pekerja, walaupun beliau tidak memberikan jangka masa.

Menurut data Badan Perkhidmatan Awam Negara (BKN) 2023, pemerintah pusat menggajikan sekitar 932,000 penjawat awam dan 21,000 pekerja tidak tetap, dengan 20 peratus daripadanya berpangkalan di Jakarta.

Selain memindahkan pekerjanya yang berpangkalan di Jakarta, pemerintah bercadang mempromosikan penjawat awam wilayah di Kalimantan Timur menjadi kakitangan pejabatnya di Nusantara.

“Ini peluang besar bagi (rakyat) di Kalimantan, khususnya Kalimantan Timur, untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Indonesia dengan berkhidmat sebagai penjawat awam di ibu kota baru negara,” kata Encik Abdullah.

Nusantara meliputi kawasan 256,000 hektar dan menelan belanja hampir 541 trilion rupiah ($47.6 bilion) untuk dibangunkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >