JAKARTA: Kejadian tanah runtuh yang memusnahkan sebuah kampung di Indonesia telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 12 orang, menurut seorang pegawai semalam.
Dalam pada itu, ratusan orang dipindahkan daripada sekitar Jemblung di Banjarnegara, Jawa Tengah, yang terletak sekitar 450 kilometer daripada ibu kota Jakarta.