Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

CAAS tangani 309 kes terbang dron secara haram pada 2023

Apr 23, 2024 | 05:23 PM



Lapan orang dan tujuh syarikat telah didakwa kerana menggunakan dron yang melanggar undang-undang pada 2023, daripada sejumlah 309 kes pada tahun berkenaan.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata 15 kes mahkamah itu mengakibatkan denda antara $4,000 dengan $45,000 terhadap pengendalinya.

Lagi 294 pengendali dron dikenakan denda kompaun, amaran keras atau diberi nasihat.

Pada Februari 2023, seorang lelaki berusia 25 tahun didenda $23,000 kerana menerbangkan dron tidak berdaftar bukan untuk tujuan riadah mahupun pendidikan.

Sebuah firma pembinaan pula didenda $45,000 pada Mei 2023 atas lapan pertuduhan mengendalikan dron atas urusan perniagaan tanpa permit. Lagi 51 tuduhan turut diambil dalam pertimbangan, lapor The Straits Times (ST).


Pada 2020, sejumlah 20 pengendali dron ditangkap dalam tempoh tiga bulan kerana menerbangkan dron mereka secara haram dalam jarak lima kilometer (km) dari Lapangan Terbang Changi, sekali gus mendorong pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.

Pada 2022, sebuah syarikat pembinaan didenda $22,000 kerana menerbangkan dron di kawasan awam tanpa permit.

Sambil memberi amaran tentang risiko dron terhadap penerbangan dan keselamatan awam, CAAS berkata ia telah meningkatkan usaha untuk mendidik orang ramai mengenai operasi dron yang menyalahi undang-undang, terutama dalam jarak lingkungan lima km dari Lapangan Terbang Changi – kawasan berisiko tinggi.

Ia telah meningkatkan rondaan di sekitar lapangan terbang dan memasang papan tanda ‘larangan terbang’ di padang terbuka dan taman berhampiran.

Pihak berkuasa penerbangan turut bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk melancarkan kempen jangkauan bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan lapangan terbang, termasuk taman di perumahan awam Pasir Ris-Punggol dan East Coast, serta pengurusan kondominium swasta di kawasan tersebut.

Poster berkaitan larangan penggunaan pesawat tanpa pemandu telah diletakkan sebagai sebahagian kempen tersebut.

Pengarah dasar sistem tanpa pemandu, peraturan dan operasi CAAS, Encik Maran Paramanathan, berkata:

“Kegiatan pesawat tanpa pemandu semakin popular sejak beberapa tahun lalu. Adalah penting kita bekerjasama demi memastikan keselamatan penerbangan dan (orang) awam tidak terjejas.”

Jika didapati bersalah atas penggunaan dron secara haram, pesalah boleh didenda sehingga $50,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan supaya menyemak laman web, OneMap.sg atau aplikasi OneMap untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan di mana kegiatan pesawat tanpa pemandu dilarang atau memerlukan permit, kata CAAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >