Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Bangunan tambahansiap akhir 2024,sekolah satu sesi mula 2025

Oct 13, 2023 | 05:30 AM



Jika pada awal penubuhan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah hanya menitikberatkan pendidikan agama dan bahasa Arab, kini pendidikan yang lebih menyeluruh telah ditawarkan untuk semua pelajar mereka.

Kini, pelajar di madrasah ini bukan hanya cemerlang mengikuti subjek Al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid, Sirah dan Bahasa Arab, malah mereka juga dipersiap untuk menduduki peperiksaan nasional seperti Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), dan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’ dan Peringkat ‘A’.

Ini kerana Madrasah Wak Tanjong menawarkan pendidikan daripada peringkat rendah, menengah hingga prauniversiti.

Madrasah Wak Tanjong telah diasaskan pada 1958 oleh Allahyarham Ustaz Mohd Noor Taib.

Kini madasah ini sudah berusia 65 tahun dan sepanjang masa tersebut, sudah beribu anak-anak Islam di sini berpeluang menuntut ilmu di madrasah ini. Ramai pula yang telah berjaya serta menabur jasa dan bakti pada nusa dan bangsa.

Jika pada awal penubuhan bangunan madrasah ini yang hanya merupakan sebuah sekolah kampung di pinggir jalan di Sims Avenue namun kini, di tapak yang sama, bangunan gah madrasah setinggi lima tingkat, tersergam indah.

Menurut mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, selaras dengan perubahan fizikal madrasah dari tahun ke tahun, mereka juga terus memajukan sistem madrasah dan kemudahan pembelajaran yang ada untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa yang sentiasa berubah.

“Kini, kami merancang untuk beroperasi satu sesi mulai 2025. Ini kerana hanya madrasah kami yang satu-satunya madrasah di Singapura yang masih beroperasi untuk sesi pagi dan petang. Dengan satu sesi, murid-murid Darjah 1 hingga 3 kami boleh memulakan waktu pembelajaran lebih awal dan pulang juga lebih awal.

“Kelas-kelas tambahan juga boleh diadakan untuk murid-murid yang memerlukan lebih bimbingan selepas waktu sekolah dengan adanya bilik-bilik darjah tambahan.

“Kegiatan kokurikulum juga boleh dikembangkan dengan adanya ruang-ruang yang lebih luas demi membangunkan bakat dan keperibadian pelajar bagi mempersiap mereka mengharungi masa depan yang lebih mencabar ini,” jelas Ustazah Masnia.

Bagi melaksanakan misi ini, pihak madrasah memerlukan bilik darjah dan ruang perhimpunan tambahan dengan membina satu lagi bangunan setinggi lima tingkat berserta lif bersebelahan bangunan sedia ada sekarang.

Projek Nur Ala Nur 2.0 ini merupakan projek pengumpulan dana untuk tujuan pembinaan bangunan tambahan ini yang diharap dapat disiapkan pada akhir 2024.

“Melalui ruangan ini, pihak kami ingin menyeru sekian umat Islam supaya menyumbang seikhlas hati untuk menjayakan projek ini agar visi madrasah untuk melahirkan generasi Muslim Singapura yang berilmu dan berakhlak mulia yang dapat menyumbang ke arah agama, masyarakat dan negara dapat dicapai,” tambah Ustazah Masnia.

SUMBANGAN KEPADA MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH


1. Penghantaran cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

2 PayNow: UEN S55MM0002D.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di pejabat madrasah di 589 Sims Avenue, Singapura 387600, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >