PERCUTIAN kali ini singkat tapi mereka impikan pengalaman yang menarik. Farid bersama isteri dan dua anaknya telah pun menginap di salah sebuah hotel di Shah Alam. Saban hari dia sibuk menguruskan perniagaan dan berulang-alik ke luar negara, jadi peluang bercuti tidak dilepaskan oleh anak-anak dan isterinya asal dapat masa berkualiti bersama keluarga.
Farid mencapai surat khabar yang terletak di atas meja. Terpampang berita di dada akhbar Harian Metro yang bertulis: "Anak ugut bunuh ibu guna SMS." Dahi Farid berkerut. Ada yang mengganggu fikirannya.